“SAYA KENA TRIGGED FINGER” – JARI JOEY SAKIT & KEBAS, SUSAH NAK BUKA GENGGAMAN

Hebahkan !!!

Pelawak, pelakon dan penyanyi Joey Daud memaklumkan dia menderita penyakit berkaitan saraf di bahagian jarinya iaitu sindrom trigger finger selepas sukar melakukan pergerakan pada bahagian jari.

Menurut Joey atau nama sebenar Zulkifli Daud, 47, dia disahkan menghidap penyakit tersebut sejak tiga bulan lalu dan mengakui aktiviti hariannya mula terganggu.

“Saya kena trigged finger di jari telunjuk tangan kiri dan jari hantu di tangan kanan… bahagian itu rasa sakit dan kebas. Mungkin sebab banyak melukis mural sebelum ini menyebabkan ada bahagian saraf pada tangan terganggu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Saya mula kesan penyakit selepas sertai program lukisan mural selama tiga bulan di Johor, selepas itu sambung ride pula… daripada situ mula rasa bahagian jari macam tak selesa dan susah nak gerak.

“Doktor kata kalau nak sembuh segera kena buat pembedahan kecil di tapak tangan tapi kita tengok dulu keadaan. Bayangkan nak bangun pagi susah nak buka tapak tangan, kena kawal minda buka perlahan-lahan, memang kebas dan bisa-bisa,” katanya.

Trigger Finger adalah satu penyakit jari yang am dialami disebabkan oleh keradangan dan seterusnya penyempitan sarung retinacular. Mereka yang menderita penyakit ini akan mengalami kesakitan, bunyi pop, dan pergerakan jari yang terjejas.

Image_3.jpg

Dalam pada itu, Joey berkata dia tidak mengikuti sebarang rawatan khusus, sebaliknya melakukan fisioterapi kendiri dan mengawal pemakanan bagi mengurangkan kesakitan.

“Saya ada buat fisio sikit dan kawal pemakanan, saya cuba kurangkan gula sebab orang kata boleh kurangkan rasa kebas. Ada orang ingat sakit ni sebab masalah jantung tapi buat pemeriksaan tiada sebarang masalah.

“Sebenarnya ada orang kena lebih teruk, macam saya mulanya tiga jari tapi satu lagi dah baik. Sekarang ini aktiviti membabitkan tangan dan jari agak terhad, tak boleh nak genggam sesuatu dengan kuat. Walau bagaimanapun saya masih melukis macam biasa mengikut keselesaan jari,” ujarnya.

Leave a Reply