BEKAS KEKASIH PU RIZ PAKAI BUSANA PUTIH, PEGANG BUNGA – NETIZEN SALAH ANGGAP UCAP TAHNIAH

Hebahkan !!!

Masihkah anda ingat lagi kisah sedih bekas kekasih Pencetus Ummah (PU) Riz iaitu Amal Syahmina yang dikongsikan di laman Instagram dimana dia mendedahkan hubungannya dengan pendakwah itu terlerai selepas kehadiran orang ketiga. Kisah tersebut menjadi perbualan hangat.

Malah, nama gadis itu kembali menjadi bualan ramai netizen apabila PU Riz merisik seorang selebriti terkenal bulan lalu. Susulan kontroversi itu, gadis itu menjadi perhatian ramai dan perkongsian terbarunya memuat naik foto memakai busana serba putih mencuri perhatian netizen.

Menerusi foto itu, Amal dilihat memegang sejambak bunga sambil tersenyum manis. Rata-rata netizen tidak melepaskan mengucapkan tahniah meskipun tidak tahu mengapa dia memakai busana serba putih itu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Difahamkan, foto tersebut adalah ketika ulang tahun perkahwinan ibu bapanya namun disalah anggap oleh netizen yang beranggapan gadis itu telah dirisik oleh seseorang. Dalam pada itu, rata-rata netizen memberikan kata-kata positif kepada Amal serta mendoakan agar gadis itu bertemu jodoh yang lebih baik.

Terdahulu, Amal berkata dia reda dengan segala ketentuan yang berlaku dan ingin memulakan hidup baharu tanpa dibayangi kisah silam bersama bekas pendakwah muda itu.

Image_3.jpg

Leave a Reply