Dasar bekas Presiden Heydar Aliyev nadi kemenangan Azerbaijan hari ini

Hebahkan !!!

BAKU,14 Dis — Dasar ditetapkan pemimpin ulung Azerbaijan, Heydar Aliyev, menjadi nadi kemenangan negara hari ini, kata Pembantu Presiden Azerbaijan merangkap Ketua Jabatan Hal Ehwal Dasar Luar Pentadbiran Presiden, Hikmat Hajiyev.

“Kami memberi penghormatan kepada pemimpin kebangsaan kami, Heydar Aliyev. Dasar ini berjaya diteruskan Presiden Ilham Aliyev dan terbukti semasa perang selama 44 hari (dengan Armenia).

“Ia hari yang dinantikan oleh setiap rakyat Azerbaijan, dan tanah kita telah dibebaskan daripada pencerobohan,” kata Hajiyev kepada wartawan, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita AZERTAC.

Azerbaijan pada Sabtu mengadakan hari memperingati ulang tahun ke-17 kematian bekas Presiden Heydar Aliyev.

Hajiyev memetik ungkapan Presiden Azerbaijan tiada lagi “konflik Nagorno-Karabakh” dan Azerbaijan telah berjaya menghentikan kata-kata itu buat selamanya dengan gencatan senjata oleh Armenia.

“Kini pasukan petugas yang berkaitan telah dibentuk untuk kerja-kerja pemulihan kawasan tersebut dengan perbincangan dan perancangan ke arah itu sedang berjalan, ” tambah beliau.

Leave a Reply