DAKWAAN PUNYAI DUA ISTERI – CLIFF UMAR NAFI, TAMPIL JELASKAN

Hebahkan !!!

Muncul juara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), Cliff Umar ketika ditemui pada sidang media GV7 akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, tampil menjelaskan dia tidak mempunyai dua orang isteri sebaliknya pernah berkahwin sebelum ini.

Bagaimanapun, Cliff berkata, hubungannya dengan bekas isteri sebelum ini tetap baik demi membesarkan tiga cahaya mata. Cliff menjelaskan perkara itu berikutan ramai yang keliru dengan status rumah tangganya. Ada yang beranggapan vokalis Projek Pistol ini mempunyai dua orang isteri.

“Isteri pertama memang ex-wife, tapi kami sangat rapat sampai hari ini kerana kami ada tiga anak bersama. Dan isteri baharu saya sangat okay dengan perkara ini, persahabatan yang terjalin antara kami sangat baik demi anak-anak,” ujarnya.

Sebelum ini, Cliff yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, pakej percutian dan penginapan berserta sebuah trofi itu menjawab tentang isu tidak sensitif berikutan terlepas cakap tentang pelitup muka ‘irritating’ (menganggu) ucapan kemenangannya. Cliff yang memohon maaf berhubung perkara itu turut mengakui ia berlaku secara tidak sengaja kerana terkejut selepas diumumkan pemenang GV.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Leave a Reply