Lelaki selinap masuk Narathiwat kerana rindu anak, isteri ditahan polis Thai

Hebahkan !!!


Sempadan Malaysia-Thailand

11/12/2020 02:32 AM

NARATHIWAT, 10 Dis — Seorang rakyat Malaysia yang lama berpisah dengan isteri dan anaknya selepas pihak berkuasa menutup pintu sempadan negara bagi mengekang penularan COVID-19 sejak awal tahun, bertindak menyelinap masuk ke Narathiwat di selatan Thailand dengan menaiki sampan.

Ketua Pegawai Daerah Sungai Kolok, Rungruang Thimabut berkata lelaki berusia 53 tahun dari Kelantan itu ditahan polis kira-kira pukul 2.00 petang (waktu tempatan) hari ini.

Beliau berkata terdahulu beliau menerima laporan dari penduduk tempatan bahawa seorang lelaki telah menyeludup masuk ke Kg Thasai di Sungai Kolok, dan sebaik tiba di lokasi, beliau mendapati lelaki itu telah ditahan pihak berkuasa kerana memasuki Thailand tanpa dokumen yang sah dengan menaiki sampan.

“Dengan bayaran 300 baht, (RM 41), lelaki itu mendapatkan khidmat seorang warga Thai yang membawa sampan untuk membantunya menyelinap masuk ke Narathiwat untuk bertemu isteri dan tiga anaknya yang masih kecil, lelaki itu kini ditahan dan sedang menjalani kuarantin wajib sebelum tindakan lanjut,” katanya.

Leave a Reply