BILA AMEERA KHAN DIKECAM ‘BELANJA’ FOTO BERBAJU ‘NUDE’ SAMBIL BERCANGKUNG

Hebahkan !!!

Umum sedia maklum mengenai adik kepada pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa iaitu Ameera Khan atau Little Miss Khan yang sememangnya tidak asing lagi di media sosial. Meskipun bukan seorang selebriti namun Instagram milik Ameera kini sudah mempunyai sebanyak 1.3 juta pengikut.

Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-20, foto terbaru dimuat naik Ameera menjadi perhatian netizen dan ternyata mengejutkan ramai netizen. Ini kerana foto tersebut memaparkan gadis itu posing seakan duduk bercangkung sambil mengenakan busana serba ketat berwarna ‘nude’.

Foto tersebut turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyangkakan Ameera seolah tidak memakai baju melihatkan warna busana berkenaan sama seperti kulit. Difahamkan, foto itu merupakan photoshoot Ameera menjadi duta kepada salah satu jenama produk rambut tempatan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Bahkan, wujud juga segelintir pihak yang tampil mengecam tindakannya itu kerana dilihat agak keterlaluan sehingga ada yang mendakwa foto itu kelihatan seperti dirinya sedang berbogel.

Namun demikian, meskipun dihentam teruk, segelintir peminatnya tampil mendoakan agar suatu hari nanti Ameera akan mengikut jejak kakaknya untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply