BILA RISTEENA HADIAHKAN KEK ADA IPHONE 12 BUAT ISA KHAN

Hebahkan !!!

“Saya nak bagi kek ni sebab awak jaga saya dengan baik, sentiasa bersabar dengan perangai saya yang gila ni kan. Terima kasih banyak-banyak,” demikian kata pelakon Risteena Munim yang baru-baru telah memberikan kejutan buat tunang tersayang, pelakon Isa Khan apabila di dalam kek coklat yang dihadiahkan ada IPhone 12 sebagai ganti telefon lamanya yang hilang.

Jelas Risteena menerusi video yang dikongsikan di IG TV, dia membuat kejutan tersebut dalam majlis hari jadi salah seorang ahli keluarganya.

“Kebetulan hari ini nak sambut hari jadi adik, jadi di situ ada satu kek untuk Isa. Dan dalam kek tu, ada Iphone 12. Saya akan minta Isa potong kek itu dan bila potong, akan nampak Iphone dalam ke itulah,” katanya sambil memberikan kredit.

Dalam video yang dikongsikan, Isa dilihat terkejut dengan kejutan yang dibuat Risteena sebagai tanda mengenang perhubungan yang terjalin di antara keduanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, kakak kepada pelakon Ruhainies ini turut menyatakan rasa gembira dengan kejutan yang dibuat terhadap Isa.

“Thank you so much @wayne.gadget berpakat dengan I untuk surprise kan Isa. He’s so happy! Memang dia tak expect langsung! Korang yang nak beli phone, boleh beli dari @wayne.gadget sebab harga diorg best and confirm original,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan selebriti ini sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 20 November lalu setelah setahun bertunang. Bagaimanapun, Risteena menerusi perkongsian video di Instagram baru-baru ini menjelaskan majlis yang sepatutnya berlangsung sehari selepas ulang tahun kelahirannya itu terpaksa ditangguh berikutan situasi semasa yang melanda seluruh negara ketika ini.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

Image_12.jpg

Leave a Reply