PDRM umum pertukaran 10 pegawai kanan

Hebahkan !!!

04f002c6c974480ce32165a3e395e8115f180c1b31b23

KUALA LUMPUR, 27 Nov — Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman SAC Ibrahim Saad antara 10 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 28 Dis depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad berkata jawatan baharu Ibrahim adalah Timbalan Ketua Pengarah Agensi Keselamatan Sempadan Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

Pertukaran lain membabitkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid yang dilantik menjadi Ketua Staf Pasukan Siasatan Khas/Teknikal, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom), Kementerian Dalam Negeri.

“Jawatan Nik Ros Azhan akan digantikan Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Saiful Annuar Yusoff dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner Polis (SAC),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pertukaran lain turut melibatkan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Johor, ACP Azhan Abdul Halim yang akan dilantik sebagai SAC (Perisikan/Siasatan Khas) cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Asmawati berkata pertukaran turut membabitkan Penolong Pengarah Pengurusan Urusetia Jabatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Mohd Shukri Ismail yang akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Urus Setia (Teknologi) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Johor, Supt Ismail Dollah pula akan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Johor dengan memangku pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP).

Pertukaran itu turut melibatkan Timbalan Komandan Pulapol Langkawi, Kedah, Supt Mohd Junaidi Mat Akhir yang akan dilantik sebagai Komandan Pulapol, Kedah dengan memangku pangkat ACP.

Asmawati berkata pertukaran lain turut membabitkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Kelantan, Supt Mohd Taufik Maidin yang akan dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah dengan memangku pangkat ACP.

“Pegawai Turus Perolehan Am, Cawangan Perolehan Bahagian Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Supt Rose Baini Kasim akan dilantik menjadi Penolong Pengarah Pengurusan, Urusetia Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP, ” katanya.

Pertukaran lain membabitkan Pegawai Turus E8F, Cawangan Khas Bukit Aman, Supt Shariman Ashari bakal memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Langkawi, Kedah dengan memangku pangkat ACP.

Leave a Reply