Mayat reput ditemukan terdampar di Pantai Pulau Kekabu

Hebahkan !!!

e5facd6a2204dd04fae876625d2408a65eafe1098208a

MARANG, 28 Nov — Mayat lelaki ditemukan terdampar di Pantai Pulau Kekabu di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris berkata mayat remput tanpa sebahagian anggota badan itu ditemukan orang awam pada kira-kira 3.30 petang.

“Berpandukan kepada bentuk badan, mayat tersebut dipercayai bukan warganegara dan telah dihanyutkan arus sebelum terdampar di pantai berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat.

 

Leave a Reply