MASUK HOSPITAL – ANAK EYRA HAZALI ALAMI JANGKITAN PADA PARU-PARU

Hebahkan !!!

“Sudah empat hari Hayder dimasukkan hospital akibat jangkitan paru-paru. Pada awalnya doktor beritahu perkara itu, saya dalam keadaan tidak percaya sebab dia terlalu kecil untuk hadapi ini.

Image_1.jpg

“Tengok dia kena cucuk jarum, menangis kena buat ujian saringan Covid-19, Alhamdulillah negatif, masukkan ubat, ambil gas, Allahuakbar… tapi dia seorang anak lelaki yang kuat.

“Dia aktif tapi tak selesa sebab ada kahak tapi Alhamdulillah, keadaan dia kini semakin baik dan hari ini dibenarkan pulang tapi masih perlu follow up dengan doktor,” kata pelakon Eyra Hazali apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Hayder Qhalish dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan paru-paru atau pneumonia sejak empat hari lalu.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 21, pada awalnya dia sukar menerima hakikat anaknya yang baru berusia tiga bulan itu terpaksa melalui kesakitan. Bagaimanapun, Eyra meluahkan rasa syukur keadaan bayi itu semakin pulih dan dibenarkan pulang pada Ahad.

Sebelum ini, pelakon drama ‘Puteri Yang Ditukar’ itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu. Rata-rata netizen mendoakan agar cahaya mata pertama aktres itu cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan keluarganya.

Image_3.jpg

Dalam pada itu, sebagai ibu, Eyra berkata, timbul rasa bersalah apabila bayi tersebut terpaksa melalui kesakitan pada usia yang masih kecil.

“Mama minta maaf sangat awak terpaksa lalui ini sayang. Mama sanggup lakukan apa saja untuk gantikan tempat awak dan kesakitan awak. Semoga Allah meredakan semuanya, memberkati awak dengan kesihatan dan dipanjangkan usia. Mama dan papa sayang awak sangat. Anak kami yang kuat,” tuturnya.

Eyra mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haziq Nadzli yang juga penjaga gol JDT pada 1 November tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Hayder pada 14 Ogos lalu.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Leave a Reply