DIMINTA BUANG IMEJ ‘LEMBUT’ – AZWAN ALI ENGGAN HIPOKRIT, MAHU JADI DIRI SENDIRI

Hebahkan !!!

Nama pengacara Azwan Ali mula menjadi sebutan netizen selepas muncul menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua pada Ahad dengan imej yang berambut pendek dan mengenakan sut serta bow-tie. Rata-rata terkejut dengan penampilan kemas Azwan atau dikenali sebagai Diva AA.

Image_1.jpg

Menurut Azwan, 54, dia perlu bersikap profesional dalam melaksanakan tugas sebagai pengacara program televisyen tanpa perlu mengundang kontroversi.

“Memang orang kenal imej Diva AA dengan perwatakan pondan, lembut dan kuat mencarut. Tapi kali ini saya kena hormat tanggungjawab sebagai pengacara program yang bersesuaian dengan imej dan watak,” katanya.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Menerusi saluran YouTube, nama Azwan menjadi topik perbualan netizen yang kagum dengan perubahan yang ditampilkannya ketika mengacarakan program Lagu Cinta Kita bersama Elly Mazlien.

“Azwan Ali 2020 terbaik… welcome back! – “Kalau Diva AA terus kekal macam ni, buang imej pondan… boleh hanyut pengacara lain. Silap-silap Nabil pun tenggelam.

Image_3.jpg

“Jika dia terus dengan kegagahan macam ni aku percaya lagi banyak job dia akan dapat. Nak jadi Diva AA tu kat luar je la… apabila masuk TV jadi macam ni,” demikian komen beberapa netizen.

Bercerita lanjut tentang pujian netizen dengan imejnya itu, Azwan berkata dia bukan seorang yang hipokrit dan akan tetap menjadi diri sendiri.

“Kalau kita bergaya dan berpakaian smart semua untuk kerja, tak perlu kita menipu siapa kita di celah-celah masyarakat. Watak saya dekat luar pun lain cerita, saya tak nak jadi hipokrit!” ujarnya.

Lagu Cinta Kita 2 bersiaran setiap Ahad pukul 8 malam dengan menampilkan Hael Husaini sebagai juri tetap bersama Mas Idayu.

Image_4.jpg

 

Leave a Reply