ADUN DAP KETARI AKAN BERTANDING DI SELANGOR SELEPAS KANTOI LANGGAR SOP PKPB?

Hebahkan !!!

Langgar SOP PKPB, Rara Perlu Bertanggungjawab Meletak Jawatan

Rara DAP

ADUN Ketari, YB Young Syefura menaikmuat foto beliau menyambut ulangtahun kelahirannya di tepi pantai sebuah tempat pelancongan di Selangor.

Rara DAP

Dalam foto berkenaan, jelas beliau tidak mengamalkan SOP Covid19 seperti disarankan. Beliau bersama rakan tidak mengenakan pelitup separuh muka, tidak melakukan penjarakan sosial dan yang menjadi persoalan adakah beliau melanggar arahan merentas negeri dalam tempoh PKPB yang dikenakan di Selangor.

Difahamkan Rara telah dipanggil pihak berkuasa bagi mengambil keterangan berikutan penularan foto tersebut.

Rara DAP

Ibarat “Meludah ke langit”, perlakuan Rara menjadi bualan netizen yang rata-rata mahu beliau bertanggungjawab meletakkan jawatan sebagaimana yang pernah disarankannya kepada seorang Menteri yang pulang dari luar negara.

Rara DAP

Rara dalam pada itu turut mengakui beliau sebenarnya bermastautin di Selangor dan mendakwa tidak melakukan kesalahan merentas negeri atau menggunakan kedudukannya sebagai ADUN untuk merentas negeri.

Bagaimana pengundi Dun Ketari boleh kena “kencing” dengan seorang wakil rakyat yang tidak menetap dalam kawasan diwakilinya? Adakah Dun Ketari hanyalah sebagai platform karier politik Rara di Pahang dan hanya akan berada dalam kawasan bila perlu sahaja?

DAP sememangnya gemar melakukan eksperimen dengan meletakkan calon di satu kawasan untuk 5 tahun dan kemudian memindahkan calon ke tempat lain bagi terus mengekalkan kedudukan serta pengaruh mereka terhadap pengundi.

Lihat sahaja ‘Taiko’ DAP sebagai contoh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Hannah Yeoh, Tengku Zulpuri dan ramai lagi yang berpindah kawasan setiap kali berlaku PRU. Keadaan ini disebabkan popularti seseorang calon hanya terpakai selama 5 tahun sahaja. Bila timbul masalah di satu kawasan, maka DAP akan berjanji untuk memperkenalkan calon baru bagi menggantikan calon lama.

Adakah ini petanda Rara akan bertanding di Selangor pula pada PRU akan datang? Tidak mustahil bagi DAP mencari kawasan Melayu untuk mempertaruhkan Rara sebagai calon di Selangor selepas ini.

Leave a Reply