VIDA DAKWA SUAMI TAK BERI NAFKAH BULANAN SEJAK BERPISAH 2008

Hebahkan !!!

Ketika ini sedang hangat diperkatakan mengenai bekas suami usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Mohd. Amin Yasin apabila beliau menfailkan tuntutan hadhanah terhadap dua anak mereka Cik B dan Kacak.

Image_1.jpg

Terbaru, Vida mendakwa bekas suaminya itu tidak memberi nafkah bulanan kepada empat anak mereka sejak mereka berpisah pada tahun 2008 iaitu 12 tahun lalu.

Empat anak pasangan itu ialah Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Edlynn Zamileen (Cik B) dan Muhammad Eric Zaquan (Kacak).

Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie, 10, meninggal dunia dalam kebakaran di rumah ahli perniagaan itu di Meru Hill, Ipoh pada 2013.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Vida berkata, beliau sudah melantik peguam bagi berdepan tuntutan hadhanah yang difailkan bekas suaminya. Ujarnya, dia sedia untuk bersemuka dengan bekas suami demi keselamatan anak-anaknya.

“Saya sedang berbincang de­ngan peguam. Sekiranya perlu, saya akan hadir ke mahkamah untuk bersemuka demi keselamatan anak-anak,” katanya.

Terdahulu, Mohd Amin mendakwa dihalang untuk berjumpa dua anaknya dan kali terakhir bertemu mereka pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty di Ipoh, Perak dan hanya berjumpa selama 15 minit.

Image_3.jpg

 

Leave a Reply