DAKWA DIHALANG DSV – BAPA KANDUNG CIK B, KACAK FAILKAN TUNTUTAN HADHADAH

Hebahkan !!!

“Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat.

Image_1.jpg

“Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan,” kata Mohd Amin Yasin iaitu bekas suami pertama kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida atau DSV.

Hampir dua tahun tidak bertemu, bekas suami Datuk Seri Vida meluahkan rasa rindu terhadap dua anaknya, Nur Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Kacak atau nama sebenarnya Eriz Zaquan.

Mendakwa dihalang untuk berjumpa dua anaknya, Mohd Amin berkata kali terakhir bertemu dua orang anaknya itu pada Mei 2018 di ibu pejabat Vida Beauty di Ipoh, Perak dan hanya berjumpa selama 15 minit.

Mohd Amin berkata dia amat merindui kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan terkini mereka melalui media sosial dan televisyen sahaja.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Susulan itu, Mohd Amin yang juga seorang peniaga memfailkan tuntutan hadhanah di Mahkamah Syariah Kota Bharu, hari ini. Mohd. Amin diwakili oleh Peguam Mohd. Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah.

Mohd Amin yang yang diwakili peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah iaitu hak lawatan, bermesra dan bermalam bersama anak-anak.

Bagaimanapun, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman,49, tidak hadir dalam prosiding hari ini.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty dalam prosiding pengurusan kes menetapkan 25 November ini sebagai sebutan semula kes.

Menurut Abu Bakar, beliau tidak akan membuat sebarang keputusan hari ini sehingga mendengar dan dihadiri kedua-dua belah pihak. Tambahnya, beliau juga mengarahkan kedua-dua anak plaintif dan defendan turut hadir dalam prosiding tersebut.

Image_3.jpg

Tidak dapat menahan sebak, Mohd Amin mendakwa sebelum ini, dia hanya bertemu kedua-dua anaknya itu di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah beberapa bulan sekali jika rindukan mereka.

“Dalam pengetahuan saya, mereka (Cik B dan Kacak) masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memeluk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka.

“Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira. Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu,” ujarnya.

Mohd Amin mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Vida pada tahun 2000 dan bercerai pada 2008. Mereka dikurniakan empat cahaya mata. Bagaimanapun anak pertama, Muhammad Eddie Zuhdie dan anak kedua, Muhammad Edrie Zikrie meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2013.

Mohd Amin yang kini seorang peniaga gerai makan di Kampung Pasir Senor, Machang sudah berkahwin dengan Wan Rahimah Wan Abd. Rahman,53, pada bulan November dua tahun lalu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *