Ahli Parlimen dinasihat hadkan pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19

Hebahkan !!!

f82ceadcc44c03204365ce16f5a6722f5fa21995799e7

KUALA LUMPUR, 4 Nov — Semua Ahli Parlimen dinasihat agar mengehadkan pergerakan ketika berada di dalam dan luar bangunan Parlimen sepanjang tempoh persidangan Dewan Rakyat bagi mengekang penularan wabak COVID-19, serta memastikan persidangan dapat dijalankan dengan selamat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata nasihat berkenaan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

“Sepertimana maklum, susulan peningkatan kes penularan wabak COVID-19 ketika ini, langkah-langkah pencegahan telah dan sedang diambil dalam memastikan persidangan Dewan Rakyat dapat dilaksanakan dengan selamat.

“Semalam, saya berkesempatan menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan beliau menyampaikan beberapa pandangan dan nasihat,” katanya dalam pemasyhuran oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat pada persidangan hari ini.

Teks pemasyhuran itu dibacakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said sebaik persidangan bermula hari ini.

– BERNAMA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *