420 mangsa banjir di Seremban dipindahkan ke PPS

Hebahkan !!!

 

SEREMBAN, 4 Nov — Seramai 420 individu daripada 84 keluarga di tujuh kampung sekitar Seremban dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir kilat Selasa malam.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Seremban Lt. (PA) Mohd Najib Abdul Karim berkata kawasan yang terbabit ialah Kampung Datuk Mansor, Taman Happy dan Taman Mok Sum, Kampung Bukit Chedang, Kampung Baru Block C Ampangan, Kampung Batu 3, Taman Angsa Mas dan Kampung Siliau.

“Kesemua mangsa ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan Sega Hilir yang dibuka sejak pukul 7.30 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima, hujan lebat bermula sekitar 12 tengah malam mengakibatkan banyak kawasan berkenaan dinaiki air sehingga mencecah paras antara dua dan empat meter.

Menurutnya 40 anggota dan pegawai APM terlibat dalam operasi itu selepas menerima maklumat mengenai kejadian banjir lewat tengah malam tadi.

“Paras air sudah semakin surut dan keadaan terkawal buat masa ini,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *