NAD ZAINAL HAMIL ANAK KEDUA, NAFI BABY PKP

Hebahkan !!!

“Bismillahirrahmanirrahim perjalanan sembilan bulan bermula. Yem (Fahad Ibrahim) nak jadi abang. Saya hamil empat bulan. Buat masa sekarang saya menjalani kehidupan macam hari normal kerana tidak mengalami sebarang alahan.

Image_1.jpg

“Saya masih menjalani penggambaran drama bersiri dan selepas habis drama ini saya hanya ambil kerja yang mudah-mudah sahaja. Semua orang cakap baby PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), bukan.

“Masa PKP tak ada masa ‘buat’ (seloroh). Sebenarnya memang ada perancangan untuk tambah anak tahun ini atau tahun depan. Lagipun anak sulung dah besar.

“Saya tahu (hamil) lepas dua minggu ketika penggambaran dengan Remy dan Mimi Lana (drama Hati Yang Tersakiti),” kata pelakon Nad Zainal yang berkongsi berita gembira apabila dia hamil anak kedua dan kandungannya kini berusia empat bulan.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 30, berkata, dia tidak mengalami sebarang alahan dan masih menjalani penggambaran sebuah drama. Tambah Nad, keadaan kesihatannya juga semuanya baik-baik sahaja sepanjang di awal tempoh kehamilan ini.

Pelakon drama ‘Hati Yang Tersakiti’ ini berkata, dia berharap menimang cahaya mata perempuan, namun reda jika dikurniakan anak lelaki sekali lagi. Apa yang penting kata Nad, bayi berkenaan dilahirkan dalam keadaan sihat.

“Jauh di sudut hari saya mahukan anak perempuan tapi saya berdoa janji anak ini sihat sahaja. Kalau lelaki pun tidak apa,” ujarnya.

Image_3.jpg

Menurut Nad lagi, anak sulungnya, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq, 4, juga sudah tidak sabar untuk menerima kehadiran adiknya: “Dia sangat teruja, setiap hari tanya bila baby nak keluar. Setiap kali itu kena terangkan pada dia. Dah lama tak ada anak kecil di rumah, jadi semua orang pun teruja,” katanya.

Nad berkata dia belum membuat sebarang persiapan dan mahu menjalani proses kehamilan kali ini secara tenang. Dia juga meminta orang ramai agar mendoakan kehamilannya kali ini berjalan lancar.

“Doakan perjalanan kali kedua ini semudah yang pertama. Yem nak jadi abang,” tutur Nad yang berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan anak lelaki iaitu Fahad Ibrahim Muhammad Faliq yang kini berusia 4 tahun.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak & Instagram Nad Zainal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *