Rakyat Guna 35.97 Juta Kg Bawang Sebulan

Hebahkan !!!

PUTRAJAYA: Bekalan bawang di negara ini masih mencukupi, malah jumlah pengimportan barang makanan itu melebihi keperluan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan berkaitan masalah itu sepanjang tahun ini.

Menurut beliau, secara purata keperluan bawang rakyat negara ini adalah sebanyak 35,971,671 kilogram sebulan atau setiap orang memerlukan 17 kilogram bawang setahun bersamaan 1.4 kilogram sebulan.

Katanya, berbanding jumlah pengimportan keseluruhan bawang ke Malaysia, ini meliputi sebanyak 340,202,285 kilogram bersamaan 42,525,285 kilogram sebulan bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *