“SAYA RASA LEBIH ‘FREE’ SEKARANG” – NEELOFA GEMBIRA BERNIQAB, DAPAT ELAK FITNAH

Hebahkan !!!

Pada 15 Oktober lalu, pelakon dan pengacara Noor Neelofa mengumumkan yang dirinya kini telah berniqab. Sejak pengumuman tersebut, kisah penampilan baharu Neeofa yang juga bergelar usahawan itu tidak pernah surut daripada menjadi perhatian bukan sahaja media namun dalam kalangan masyarakat.

Kini setelah lebih satu minggu khalayak melihat selebriti berusia 31 tahun itu berniqab, Neelofa akhirnya terbuka berkongsi kisah di sebalik keputusannya untuk menutup wajah jelitanya itu daripada pandangan masyarakat.

Neelofa mengakui lebih gembira selepas membuat keputusan untuk memakai niqab. Neelofa berkata, dia selesa berhadapan dengan orang ramai dengan imej terbaharunya itu.

“Di Malaysia, hanya minoriti yang memakai niqab, jadi untuk berada di kalangan yang tidak memakai adalah cabaran yang besar. Tetapi, Alhamdulillah, saya sukakannya. Saya lebih gembira apabila bangun pagi dan memakainya. Saya masih ingat pada hari kedua saya memakai niqab, saya pergi ke kelas dan ustazah bertanya apa yang dirasa? Saya rasa lebih ‘free’ sekarang.

Klik untuk gambar besar

“Orang berpendapat memakai niqab seperti dipenjarakan sebab perlu menutup semuanya, tetapi sebaliknya saya rasa lebih ‘free’ untuk buat banyak benda, berhadapan dengan orang awam bukan muhrim dan mengadakan sesi live dalam laman sosial. Saya rasa kurang bersalah,” katanya.

Neelofa berkongsi luahannya apabila ditanya pengacara dan pelakon Uyaina Arshad dalam siaran langsung menerusi laman Instagram (IG) Naelofar yang turut mempromosikan rekaan terbaru tudungnya, sekitar jam 4 petang semalam. Sebelum itu, Neelofa turut menerangkan mengapa tidak berkongsi keputusannya untuk berniqab.

“Saya tak bersedia berkongsi kerana saya tak mahu orang ramai salah tafsir atau fikir bukan-bukan. Ia adalah keputusan peribadi yang saya buat. Tiada siapa tahu, hanya diri saya sahaja. Apa yang membawa kepada keputusan tekad ini selepas memperoleh ilmu dicari dan pemahaman diperoleh daripada semua kelas yang saya sertai.

“Saya sudah faham dan tahu, tetapi patutkah saya tidak menghiraukan perkara ini atau amalkan? Jadi, saya ikhlas untuk mengamalkannya. Alhamdulillah, pakai niqab lebih mudah untuk dibiasakan,” tuturnya.

Pengacara Next To Neelofa itu berkata, pemakaian niqab ekoran izin Allah. Tanpa izin-Nya, mungkin dirinya tidak cukup kuat untuk membuat keputusan berkenaan.

“Ia bukanlah daripada saya, tetapi ia dengan izin Allah. Ia juga bukan daripada kudrat atau kuasa saya. Tanpa izin Allah saya takkan pakai. Allah boleh tarik balik semua ini pada bila-bila masa sahaja.

“Disebabkan itu, saya berdoa agar niat saya lurus dan terang. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya bersyukur, saya ada pilihan untuk memakai atau sebaliknya di Malaysia. Ini kerana sesetengah negara tidak membenarkan wanita memakai niqab,” ujarnya.

Neelofa mengakui, pemakaian niqab secara perlahan-lahan membentuk dirinya menjadi lebih baik. Neelofa juga mengaku dengan berniqab, ia dapat mengelak fitnah.

“Dalam situasi saya, perlu saya pakai bagi mengelakkan tabarruj, fitnah dan beberapa perkara lagi. Saya berharap ia boleh membentuk percakapan, akhlak dan cara saya melihat sesuatu. Tak bermakna saya memakai niqab kerana sudah cukup bagus, tetapi apabila saya pakai secara perlahan-lahan membuatkan saya menjadi insan lebih baik,” katanya.

Jelas Neelofa lagi, beliau membulatkan hatinya untuk berniqab setelah memahami dengan jelas segala ilmu agama yang diperolehi dalam setiap kelas yang dihadirinya selama ini.

“Saya sudah faham dan tahu. Saya tidak mahu mengabaikannya. Saya ikhlas untuk mengamalkannya,” kata Neelofa yang turut mengakui jika menjadikan ia sebuah kebiasaan, lebih mudah untuk mantap memakai niqab.

Meski demikian, kata Neelofa segala yang dilakukannya hari ini adalah atas izin Allah. Katanya, Allah boleh menarik apa (berniqab) yang dilakukannya sekarang jika diinginkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *