SCHA ALYAHYA ‘DEACTIVATE’ IG: “I’VE HAVE ENOUGH!” – PEMINAT MULA RISAU

Hebahkan !!!

Pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya baru-baru ini telah memuat naik sebuah status di Instagram Story yang bertulis “I’ve had enough!”, sebelum bertindak secara tiba-tiba memadam akaun Instagram miliknya.

 

Kehilangan Scha di media sosial ternyata telah mencetuskan tanda tanya dan kebimbangan di kalangan peminat serta pengikut Instagramnnya.

Lantaran itu, peminat mula meluahkan rasa risau terhadap Scha dan membanjiri ruangan komen Instagram suaminya iaitu pengacara Awal Ashaari dengan bertanyakan ke manakah isterinya itu menghilangkan diri.

Klik untuk gambar besar

Ada pula netizen yang membuat spekulasi bahawa Scha bertindak memadam media sosialnya itu mungkin kerana sedang marah atau merajuk merujuk kepada hantaran terakhirnya itu.

“Kenap kak Scha dah tak ada IG? Siapa buat diaaa? Ni haa aku sumpah tujoh keturunan!” – “Eh ye keee… Tadi siang nampak dia post macam tengah marah.”

“Awal, kenapa Scha Alyahya ni hilang dr IG? Hope she’s doing okay…” – “We always support and always respect her decisions. Hope scha are doing well… Hugssss.” – “Nak kak Ayayaaa balik…Take care kak Ayayaa.”

Selain itu, ada juga yang mengesyaki bahawa Instagram Scha telah digodam pihak yang tidak bertanggunjawab. Meskipun dihujani soalan daripada peminat, Awal tidak tampil memberi sebarang komen di atas perbuatan isterinya itu.

Mungkin juga gangguan hormon ibu mengandung, peminat Scha rata-rata mendoakan kesihatan dan keselamatan aktres itu memandangkan dia kini sedang hamil anak kedua.

Setakat ini hanya IG Scha yang memiliki seramai 5.4 juta pengikut sahaja yang ‘hilang’, sementara akaun media sosial Awal dan Lara Alana masih aktif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *