Tak sempat edar rokok seludup

Hebahkan !!!

Batu Pahat: Seorang lelaki dipercayai konco sindiket penyeludupan rokok tidak sempat mengedar bekalan ke kedai runcit apabila ditahan di Jalan Senggarang di sini, hari ini.

Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan anggota Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam yang melakukan rondaan keselamatan kira-kira jam 11 pagi hari ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, pemeriksaan terhadap kereta dipandu suspek menemui 695 karton rokok seludup pelbagai jenama.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan adalah RM206,820,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek disyaki terbabit dalam kegiatan mengedar rokok ke kedai runcit yang tidak berlesen di sekitar kawasan Batu Pahat.

“Suspek ditahan dan semua barang dirampas mengikut Akta Kastam 1967.

“Tangkapan dan rampasan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *