“JANGAN NAK BUAT BLOG, TAJUK BODOH YANG DATANG FITNAH” – AARON AZIZ PADAM VIDEO AMARANNYA

Hebahkan !!!

“Lain kali, jangan nak buat blog-blog bodoh, tajuk-tajuk bodoh yang mendatangkan fitnah. Memulakan sesuatu dengan cara yang salah, cara yang mengaibkan orang,” kata pelakon Datuk Aaron Aziz yang memberi amaran kepada pemilik blog tidak bertanggungjawab yang menggunakan tajuk artikel mengaibkan mengenai rumah tangganya.

Memuat naik tangkap layar artikel itu di Facebook (FB), Aaron menerusi video berdurasi 50 saat di FB meminta blogger jangan menghasilkan blog bodoh dengan tajuk bodoh yang boleh mendatangkan fitnah.

Isu itu timbul apabila berikutan satu artikel dalam blog menggunakan tajuk ‘Allahu tergamaknya buat macam tu kat isteri’ dan meletakkan gambar Aaron bersama isterinya sekali gus menimbulkan salah faham banyak pihak.

Dalam pada itu, Aaron Aziz telah memadam sebuah video amaran yang dimuat naik mengenai sebuah blog yang didakwa telah membuat headline berunsurkan fitnah di Instagram (IG) miliknya.

Klik untuk gambar besar

Meski demikian, sebagai seorang yang profesional dan rasional, setelah blog tersebut akur dengan amarannya, Aaron juga tidak ingin memanjangkan cerita.

Ketika dihubungi, Aaron, 44, menyatakan pihak terbabit telah akur dan memadam posting artikel terbabit seperti yang diminta: “Blog tu dah padam posting dia, jadi saya pun buat benda sama.

“Tak payah minta maaf asalkan dia dah turunkan posting. Saya tak nak jatuhkan maruah dan tutup periuk nasi dia. Asalkan dah padam, kira okay dah,” katanya.

Sebelum ini, pelakon filem ‘KL Gangster’ berang dengan headline yang ditulis oleh blog itu lalu nekad ingin melakukan laporan polis sekiranya artikel tidak diturunkan dalam masa tiga jam.

“Nak bagitahu Berita Steady ni korang nak buat tajuk pasal diri dan keluarga saya, jangan buat yang berunsurkan fitnah. Sekarang saya bagi amaran untuk turunkan artikel itu, kalau tak kau tengok apa yang berlaku.

“Jangan nak buat kelakar untuk buat orang baca blog bodoh. Saya bagi amaran dan masa tiga jam, kalau tak turunkan saya buat laporan polis. Tengok la apa jadi,” ujarnya.

www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Astro Gempak & Instagram Aaron Aziz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *