ZULIN AZIZ SANGKAL DAKWAAN TERLIBAT MACAU SCAM: “SAYA TAK AKAN BERI MUKA KALI INI”

Hebahkan !!!

Sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa pihaknya akan memanggil beberapa individu termasuk artis untuk membantu siasatan berhubung aktiviti penggubahan wang haram yang melibatkan sindiket Macau Scam.

Perkara tersebut telah membuatkan media sosial menjadi kecoh. Susulan kejadian, wujud segelintir netizen mula memetik beberapa nama selebriti dan mendakwa bahawa Zulin Aziz merupakan salah seorang artis yang dimaksudkan.

Bagaimanapun, seakan tampil mahu mempertahankan diri, Zulin dilihat telah memuat naik beberapa posting yang menafikan bahawa artis tersebut merupakan dirinya.

Klik untuk gambar besar

“Apalah salah dosa aku? Korang fitnah aku bertubi-tubi, cakap memalukanlah apalah. Selagi tak disebut nama, selagi tu netizen buat andaian dan fitnah aku. Di sini saya jelaskan, saya tidak pernah dipanggil untuk bantu siasatan oleh @sprm.community. Saya tidak ada kena mengena dengan sindiket itu malah tidak pernah menjalankan perniagaan dengan mereka,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau memang seorang yang tahu menjaga batas pergaulan, malah menegaskan dirinya juga mencari rezeki dengan cara yang halal.

“Saya juga menjaga batas pergaulan. Saya berani kerana benar. Saya mencari rezeki yang halal dengan meniaga, berlakon, buat review, masak. Saya tidak pernah menayang kemewahan dan saya menjalani kehidupan serba sederhana,” tuturnya.

Ujar Zulin lagi, namanya tidak pernah dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan kes jenayah online tersebut. Hal ini demikian kerana, hubungannya dengan individu tersebut hanyalah sekadar kawan sahaja. Zulin juga turut mendedahkan beliau langsung tiada kaitan dengan mana-mana individu yang terlibat dengan ‘Macau Scam’.

Jelasnya lagi, beliau juga bersedia untuk memberi kerjasama andai SPRM memanggilnya untuk memberi keterangan. Dalam pada itu, bekas pengacara Melodi itu juga sempat meluahkan perasaan tidak puas hati apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab meninggalkan komen berunsur fitnah di media sosialnya.

Malah, beliau juga khabarnya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika kenyataan berunsur fitnah yang dilemparkan kepadanya itu tidak dihentikan.

www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Zulin Aziz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *