SIMPANAN TUNAI, BELIKAN KERETA SPORT & BELAJAR ‘OVERSEA’ – ANTARA IMPIAN ALIFFF SYUKRI BUAT ANAK-ANAK

Hebahkan !!!

Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, usahawan kosmetik yang bergelar selebriti iaitu Datuk Seri Aliff Syukri, 33, ada menyatakan impian khusus buat anak-anaknya serta kerja keras yang dilakukan selama ini adalah untuk kesejahteraan mereka.

 

Sambil menyatakan pendirian untuk melihat anak-anaknya dipandang tinggi terutamanya dua cahaya mata perempuannya, Aliff yang pernah muncul menerusi single ‘Ingin Bahagia’ ini turut mendedahkan dia mahu permata hati untuk merasa kemewahan yang tidak diperolehinya sewaktu kecil dulu.

“Kenapa saya bekerja keras sebab.. sy ingin menjadi seorang abah.. adalah satu impian saya daripada remaja lagi.. saya ingin menjadi seorang super hero kepada anak-anak saya.. terutama anak perempuan saya, sy nak anak perempuan sy dipandang tinggi.

Klik untuk gambar besar

“Saya nak buat anak saya yang paling istimewa sbb tu setiap anak sy sy akan belikan insyurankan, simpanan tunai, habis shaja sekolah sy akan belikan sportcar, sy akan pastikan mereka belajar di u oversea, sy beri penjagaan terbaik, sy beri masa setiap hari dengan mereka terutma sewaktu remaja.

“Dan sy akan pastikan calon pasangan yg terbaik buat anak kesayangan sy kelak, mcm sy syg anak sy dia kena buat lebih, di mana saya tak dapat ketika kecil dahulu.. dengan syarat mereka hormat sy dan tidak lalai dgn dunia dan akhirat,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff atau nama penuhnya Aliff Syukri Kamarzaman turut berdoa agar kesemua anak-anaknya bahagia dunia dan akhirat. Sementara itu, pelantun lagu ‘Abang Nak Tegur’ tersebut mengakui berasa takut sekiranya didikan yang diberikan itu salah.

“Mungkin Allahu takdirkan saya tidak senang ketika saya kecil.. dan kesenangan ini diberi untuk anak-anak saya merasa. Saya nak suatu hari nanti .. anak-anak saya bukan sahaja menjadi anak yang senang di dunia tetapi saya akan pastikan mereka semua senang di akhirat.. amin.

“Bila anak dah membesar saya secara automatic terasa takut kalau salah cara mendidik anak doakan saya menjadi seorang ibu bapa yang terbaik untuk mereka,” jelasnya lagi.

Untuk makluman, Aliff dan dan isterinya, Datin Seri Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat, Ameena.

www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Datuk Seri Aliff Syukri & Datin Seri Nur Shahida

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *