PKPB turunkan kadar jangkitan di Selangor

Hebahkan !!!

PUTRAJAYA, 20 Okt   — Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor selama seminggu telah menunjukkan kesan positif dalam menurunkan kadar jangkitan atau R-naught (RO) COVID-19 di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kadar jangkitan di Selangor dapat diturunkan daripada 1.98 kepada 1.48 setakat ini.

“Tetapi kami perlu melakukannya dengan lebih baik tanpa mengubah strategi PKPB yang membenarkan sektor ekonomi berfungsi.  Kami perlu meningkatkannya, mengetatkan sektor sosial seperti sukan dan pendidikan.

Jadi, jika aktiviti sektor sosial digantung sementara untuk satu atau dua minggu, maka saya fikir kami boleh  menambah baik menggunakan strategi PKPB untuk menurunkan RO atau mengurangkan kes,” kata beliau dalam sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

Beliau kemudian menjelaskan lagi keputusan melaksanakan PKPB adalah untuk mendapatkan keseimbangan  yang baik antara kesihatan dan ekonomi selain antara nyawa dan mata pencarian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *