Enam pekerja kilang cedera, selepas dapur melebur besi meletup

Hebahkan !!!


BUTTERWORTH, 20 Okt — Enam pekerja sebuah kilang besi mengalami kecederaan selepas sebuah dapur meleburkan besi bangunan di premis itu meletup sebelum terbakar dalam kejadian di Perai, di sini hari ini.

Empat daripada mereka mengalami kecederaan ringan, manakala dua lagi mengalami lecur sekitar 30 peratus pada badan, dan kesemua mereka yang berumur sekitar 40-an dilaporkan stabil.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Azrul Khairi Abu Bakar berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.28 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati memang berlaku letupan, dan kebakaran sebuah dapur meleburkan besi di dalam kawasan bangunan jenis struktur binaan besi tiga tingkat dengan anggaran keluasan 250 kaki persegi itu.

“Dapur melebur besi yang berdiameter kira-kira 3.5 meter dan tinggi yang sama itu terbakar hampir 30 peratus. Kebakaran berjaya dipadamkan oleh pekerja di kilang, manakala pihak bomba membuat “cooling” bahan cecair yang masih dalam keadaan panas,” katanya di sini hari ini.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *