ALIF SATAR TERKENANG MEMORI DI KEM PLKN PRINCESS HALIZA: “MANA WIRA WIRAWATI NEGARA SEKARANG…”

Hebahkan !!!

“12 tahun lepas waktu khidmat negara. Dan masih lagi berkhidmat demi negara dengan cara sendiri. Mana wira wirawati negara sekarang, korang dekat mana?

 

“Kem PLKN Princess Haliza, ni bersama seorang jurulatih kitorang panggil dia, cikgu Pet. Besar dan tinggi macam The Rock,” demkianlah tulis penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar yang mencuri perhatian wargamaya apabila terkenang memori ketika menjalani latihan di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sekitar 12 tahun lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Alif berkongsi sekeping foto bersama seorang jurulatih kecergasannya ketika berada di Kem PLKN Princess Haliza, Sepang, Selangor.

Menerusi perkongsian tersebut, Alif kelihatan segak mengenakan pakaian seragam dan berkepala botak semasa menjalani program latihan selama tiga bulan itu.

Klik untuk gambar besar

Di ruangan komen, ramai wargamaya yang berkongsi kem dan pengalaman mereka ketika turut sama menjalani program latihan tersebut: “Saya dulu PLKN Sinaran Suria, Sungkai. Waktu 2017, kumpulan 1 siri 14/2017, team Bravo,” kata seorang wargamaya.

“Alip, aku kem PLKN Nasuha, Pagoh, kumpulan 1, siri 1, 2004,” komen seorang wargamaya. – “Kem PLKN Desa Rimba, Kuala Kangsar, Perak (2011),” tulis seorang wargamaya.

“Omg saya teringat pergi kem PLKN Princess Haliza lawat kakak pastu nampak Alif botak lepak depan koperasi. Muka gangster gila nak mintak ambil gambar pun takut,” kongsi seorang wargamaya.

“Alif, kita sama batch. Banyak sangat kenangan dekat kem PLKN Princess Haliza, cikgu Pet memang happy go lucky,’ luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 45,000 tanda suka dan 500 komen daripada warga Instagram.

Sekadar info, PLKN merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia apabila tamat pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas.

Program latihan bagi pembinaan sahsiah diri dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda ini bermula pada tahun 2004 dan diberhentikan pada tahun 2018.

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Alif Satar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *