“KALAU BETUL AYAH SAYA GELANDANGAN, SAYA NAK MINTA PIHAK POLIS TAWAU MENCARINYA” – BALKISYH

Hebahkan !!!

“Banyak sangat DM yang masuk dan memaklumkan mereka pernah melihat ayah saya. Cuma, kebanyakannya beberapa bulan lalu. Walaupun belum ada maklumat tepat, tapi saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang cuba membantu. Sekurang-kurangnya saya tahu ayah masih hidup.

 

“Kalau betul ayah saya menjadi gelandangan, saya nak minta tolong pihak polis Tawau untuk mencarinya. Ini kerana dalam keadaan daerah itu yang masih banyak kes Covid-19, mereka pasti boleh bantu atau sekurang-kurangnya ada solusi lain.

“Ramai komen kata kenapa saya tidak cuba iklankan pencarian bapa. Kalau nak tahu, sebelum artikel semalam, saya pernah bercakap perkara sama dalam Harian Metro bulan lalu dan pada program Melodi baru-baru ini, tapi masih gagal.

“Malah, sebelum merancang nak kahwin hujung tahun lalu pun saya sudah mencari bapa selama beberapa tahun. Namun, semuanya gagal,” demikian kata pelakon Balkisyh Semundur Khan, 34.

Klik untuk gambar besar

Pelakon yang popular menerusi drama ‘Mak Cun’ itu mendapat banyak mesej peribadi (Direct Message) di Instagram yang memberi maklumat mengenai bapa kandungnya, Semundur Khan Gulam Khan selepas artikel dia mencari lelaki itu disiarkan.

Balkisyh berkata, antara maklumat diterima ialah mengenai keadaan bapanya yang menjadi gelandangan selepas pernah dilihat tidur di beberapa lokasi di sekitar bandar Tawau, Sabah.

Balkisyh yang juga pelakon drama ‘Bicara Cinta’ di TV3 ini berkata, dia tidak pernah berhenti berusaha mencari bapa malah sebelum mahu berkahwin lagi.

Mengenai perancangan berkahwin, Balkisyh berharap ia dapat dipermudahkan selepas mendapat maklum balas daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), semalam.

“Insya Allah, selepas mereka memberi maklum balas, saya berharap urusan seterusnya dipermudahkan. Bukan apa, perkara ini sudah tertangguh hampir setahun. Saya berterima kasih kepada bakal suami kerana sabar dan faham situasi saya.

“Malah, dia juga banyak menenangkan dan minta saya bersabar dalam menyelesaikan perkara ini. Segala urusan membabitkan dirinya sudah selesai. Hanya menunggu bahagian saya saja lagi. Doakan yang baik-baik untuk saya,” tuturnya.

Sebelum ini, Balkisyh memohon jasa baik JAWI dalam memudahkan proses perkahwinannya dengan seorang duda berusia 34 tahun yang sudah tertunda hampir setahun selepas dia gagal mencari bapa kandungnya.

Untuk makluman, Balkisyh pernah berkahwin dengan Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.

www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Balkisyh Semundur Khan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *