EMPAT CAWANGAN BUBBLEBEE TUTUP SEMENTARA

Hebahkan !!!

PENGELUAR produk minuman BubbleBee menamatkan kerjasama dengan semua rakan usahasama yang disiasat pihak berkuasa berhubung kegiatan yang menjejaskan reputasi syarikat berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee Sdn Bhd, Datuk Ismail Abdul Rahman dalam satu kenyataan berkata, penamatan kerjasama itu berkuatkuasa serta-merta membabitkan empat cawangan Bubblebee di Ampang, Sungai Buloh, Sentul dan Senawang.

Bubblebee mempunyai 17 cawangan di seluruh negara dan dari jumlah itu, 11 cawangan adalah milik penuh Bubblebee manakala enam lagi dibuka secara usahasama.

“Baru-baru ini tular berita mengenai rakan usahasama kami yang disiasat pihak berkuasa. Perkara itu turut menyebabkan salah seorang ahli lembaga pengarah kami dipanggil bagi

membantu siasatan,” katanya.

Ismail berkata, walaupun tidak pasti kedudukan sebenar rakan usahasama ini bersalah atau tidak kerana kes ini masih dalam siasatan, ia tetap memberi kesan kepada jenama Bubblebee.

“Yang jelas, siasatan ke atas

rakan usahasama ini mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan kami dengan teruk sekali.

“Sehubungan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan semua rakan yang menguruskan empat cawangan Bubblebee itu,” katanya.

Ismail berkata, empat cawangan itu ditutup untuk sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.

Syarikat yang mengeluarkan dan memasarkan produk air boba berasaskan madu lebah yang ditubuhkan sejak 2019 ini menghimpunkan beberapa usahawan yang pakar dalam bidang masing-masing terutamanya dalam industri minuman, penghasilan madu lebah dan pemasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *