18 terbunuh di Vietnam berikutan banjir, laut bergelora

Hebahkan !!!
Pemandangan udara menunjukkan sebahagian bandar Hue ditenggelami akibat banjir besar yang melanda Vietnam tengah. - Foto AFP
Pemandangan udara menunjukkan sebahagian bandar Hue ditenggelami akibat banjir besar yang melanda Vietnam tengah. – Foto AFP

HANOI: Sekurang-kurangnya 18 orang maut dan lebih 12 yang lain hilang selepas banjir menenggelamkan deretan kediaman ibu negara Vietnam.

Berdasarkan imej dalam laporan media tempatan, keseluruhan perkampungan di Quang Tri dan Quang Nam ditenggelami air, manakala banjir lumpur melanda bandar Hue serta lokasi tumpuan pelancong, Hoi An.

Pihak berkuasa pengurusan bencana Vietnam menjelaskan, lebih seratus ribu rumah musnah dan tenggelam angkara banjir, sekali gus menyebabkan 46,000 penduduk di kawasan terbabit terpaksa dipindahkan.

Bencana alam itu turut menyaksikan anggota tentera bertungkus-lumus cuba menyelamatkan lapan nelayan menggunakan helikopter selepas bot dinaiki mereka dibadai laut bergelora di wilayah Quang Tri.

Antara yang terkorban dalam insiden itu ialah tiga nelayan, manakala tiga orang lagi dilaporkan masih hilang sehingga kini.

Vietnam sering dilanda cuaca tidak menentu ketika musim hujan yang lazimnya berlaku antara Jun hingga November, dengan pesisir tengah negara berkenaan dikenal pasti sebagai kawasan paling berisiko.

Mengikut ramalan semasa, Vietnam dijangka berdepan kemungkinan dilanda ribut yang datang dari arah Laut China Selatan, dengan hujan lebat.

Pejabat Statistik Awam melaporkan kira-kira 132 orang meninggal dunia atau hilang berikutan bencana alam di Vietnam, tahun lalu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *