Lalat hinggap di kepala Pence ketika berdebat curi perhatian

Hebahkan !!!
Calon Naib Presiden Amerika dari Parti  Republikan Mike Pence

WASHINGTON, 8 Okt — Seekor lalat hinggap di kepala Wakil Presiden Mike Pence semasa perbahasan Rabu malam, telah menarik perhatian media sosia dan mencuri perhatian selama dua minit, lapor agensi Anadolu.

Hinggap di rambut Pence yang putih, lalat hitam itu dengan pantas menjadi  topik yang tular di Twitter dengan tanda pagar #flygate di laman sesawang mikroblog.

“THE DEBATE STAGE IS BUGGED!!! #FLYGATE,” ciap seorang pengguna @KevTra57. Penulis kisah seram Stephen King turut serta, menulis dengan penuh misteri “The fly knows”.

“THE LORD OF THE FLIES, dibintangi Mike Pence! Akan datang menerusi platform penstriman berdekatan anda,” tambahnya, merujuk kepada penerima Hadiah Nobel 1954.

Calon presiden demokratik Joe Biden juga ikut serta, menulis ciapan “Truth over Flies” bernilai US$10 yang dengan pantas dimuat naik ke laman web kempennya selepas peristiwa itu meledak secara tiba-tiba di media sosial.

“Penghalau lalat dan dusta. Dapatkan hari ini,” kata Biden.

— BERNAMA

Leave a Reply