Sanggup Potong Telinga Sendiri

Hebahkan !!!

BERLIN: Terlampau obses mengubah penampilan diri, seorang lelaki di Jerman sanggup memotong telinganya dan membentuk kepalanya seperti tengkorak.

Sandro dari bandar Finsterwalde, terkenal di media sosial sebagai Mr Skull Face menjalani 17 pengubahsuaian ekstrem pada anggota badan untuk meningkatkan keyakinan dirinya sejak 13 tahun.

Lelaki, 39, melabur lebih £6,000 (RM33,311) untuk kos keseluruhan mengubah penampilan dirinya itu.

Sandro berkata, minat mengubah suai dirinya itu bermula sejak 2007 selepas terpengaruh dengan penampilan seseorang dalam televisyen yang menanam paku di kepalanya.

Katanya, sejak itu dia memasang implan di dahi, lengan bawah, dan belakang tangannya serta cip pembayaran yang diletakkan di bawah kulit di pergelangan tangannya.

Lelaki itu turut membelah lidahnya dan lebih ekstrem tahun lalu dia memotong kedua-dua telinganya sebelum menyimpan dalam balang.

Agensi via Hmetro

Leave a Reply