ISU CEROBOH TANAH HARAM DAN PENENTANG TULISAN JAWI, NGO AKAN BERHIMPUN DI RAUB

Hebahkan !!!

HIMPUNAN MEMBANTAH PENCEROBOHAN TANAH HARAM DAN PENENTANG TULISAN JAWI

Satu himpunan dijangkakan akan berlangsung di Rumah Rehat Raub bagi menentang usaha parti politik memanipulasi isu pencerobohan tanah haram di Raub. Himpunan tersebut turut akan menyatakan tentangan mereka terhadap mereka yang menentang penggunaan tulisan jawi di papan tanda premis di seluruh Pahang.

Isu pencerobohan tanah haram di Raub semakin menarik perhatian negara dan semalam pihak SPRM menyatakan siasatan akan dilakukan dalam isu berkenaan.

Antara NGO yang terlibat dalam Himpunan petang ini ialah

  • Gerakan Pembela UMMAH Malaysia (UMMAH)
  • Generasi Warisan Kebangsaan (GENERASI)
  • Malaysian Youth Activist (MALAYA)
  • Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia
  • Persatuan Veteran Angkatan Tentera
  • Tindakan Sosial Negeri Pahang

Himpunan akan bermula jam 5 petang di Rumah Rehat Raub. Pihak kami sempat menemubual seorang warga emas di Raub dan bertanyakan pandangan beliau selaku Anak Jati Raub.

Pakcik Maulud menyatakan kekesalan terhadap pencerobohan tanah di Raub tetapi dalam masa sama memuji tindakan yang dilakukan Menteri Besar Pahang bagi menangani isu tersebut. Apabila ditanya mengenai Himpunan yang akan diadakan petang ini, Maulud berkata beliau akan hadir dan memberi sokongan penuh kepada tindakan kerajaan negeri Pahang.

Kas ni tua dh. Nok cecah 80 dh tahun ineh. Tak berapa larat dh kas ni. Tapi kas tetap akan pegi perhimpunan di rest house petang ineh. Kas tetap sukong tindakan kerajaan negeri nok ambik tanoh haram terh. Walaupun kas tau banyok met kelemahan sana sineh.

Kas suko tengok wan rusdy buat keje. Dia berani bete. Dulu dia ambik tanoh haram di cameron. Ni dia nok ambik tanoh haram di rauk pulok. Tak bolih bior cina2 ni. Kalau bior, gunung pun bolih rata. Kas tau lah. Dimeh org muda tau mende. Setakat melalak kat facebuk jer. Isu pun dimeh tak faham.

Patutnyer dimeh sukong lah wan rusdy terh. Tak ramai dah urang politik berani mcm ni. Baru setaun jd mb dah berani tebas cameron dn rauk” – Pakcik Maulud, Raub

 

Leave a Reply