“AKU TERIMA SUAMIKU LILLAHITAALA” – PASANGAN GRADUAN BUAT MAJLIS NIKAH KAHWIN PALING SEMPOI

Hebahkan !!!

HEBAT PASANGAN INI

“Kalau sudah jodoh tidak kemana” pepatah itu bersesuaian dengan pasangan graduan dikenali sebagai Siti Yanie dan Hafiz Iz. Dalam tulisan Siti Yanie di facebook beliau bercerita mengenai kesefahaman dia dan pasangan untuk bersepakat tiada acara besar-besaran bagi meraikan pernikahan mereka.

Dalam keadaan ekonomi negara yang sedang bergelut dengan pandemik covid19, mereka hanya melaksanakan perkara ‘Wajib’ dan majlis doa selamat kecil-kecilan. Kita ikuti tulisan Siti Yanie.

Rujukan – https://m.facebook.co/story.php?story_fbid=2395624730521865&id=100002230853818

 

Tiada pelamin 😊
Tiada jurugambar professional 😊
Tiada photoshoot 😊
Tiada kompang 😊
Tiada orang bersilat 😆
Tiada acara sambut pengantin 😊
Tiada dj radio 😊
Tiada makan beradab 😊
Tiada acara potong kek 😊
Tiada gadis-gadis dulang hantaran 😊
Tiada bridesmaid 😊
Tiada kasut pengantin 😂😂😂 yang ni lawak 😂😂😂
Tiada crown , Tiada tengkolok, keris pisau pedang kapak 😏
Tiada honeymoon 😂😂😂

Tiada ibu ayah disisi saya 😆😆😆

Yang ada hanyalah adik – adik seramai 7 orang
Yang ada hanyalah sahabat sahabat sekalian
Yang ada hanyalah jiran tetangga
Yang ada hanyalah guru – guruku
Yang ada hanyalah ibu saudaraku
Yang ada hanyalah sebelah pihak lelaki

Wang Hantaran Rm500.00
Mas kahwin sebentuk cincin emas
Kenduri doa selamat sahaja ( Alhamdulillah sepenuhnya jiran sebelah rumah aku banyak bantu dah macam ibu abah sendiri dah , sahabat, cikgu cikgu banyak tolong sebab saya tiada orang tua yang organize perkahwinan saya 😊)

Total perkahwinan kami : bawah Rm1k

Sebelum tu , rata rata orang cakap nilai wang hantaran kena sekufu dengan tahap pendidikan seseorang 😌😌😌, bagi aku depend lah ikut tahap kemampuan seseorang , agama memudahkan , yang menyusahkan adat ( adat tak susah, tapi sikap sesetengah pihak yang menyusahkan ) . Alhamdulillah , untuk urusan aku sangatlah dipermudahkan 🌹.

Suami aku Degree holder untuk HBP, USM
Aku Degree holder untuk Communication, USM , untuk dibanggakan lagi 😒 Dean list , 😌😌😌
Kerja 😆😆😆 suamiku supervisor , aku kerja kat site.

Terpaksa bagitau tahap pendidikan sebab banyak yang lihat sudut ni dengan nilai wang hantaran .

To be honest, ada yang tanya kenapa banyak tu sahaja nilai ? Kahwinkan sekali seumur hidup, kenapa tak buat grand grand ? Kenapa and mengapa ? Pelbagai soalan demi soalan dilemparkan. Hahahahah

Jawapan aku : sebab pertama aku menerima suamiku lillahitaala . Seorang lelaki yang memilih aku untuk jadi suri hatinya dan menerima segala kekurangan aku untuk dijadikan sebagai kelebihan dalam hidupnya , sebab kedua , zaman globalisasi yang serba mahal ni oi semua pakai duit 😒😒😒 deposit rumah dekat penang ni bukan seratus dua ratus ye , ribu tau ribu walaupun rumah kosong … 😂😂😂 Sebab ketiga, kami berdua pernah rasa susahnya hidup dengan duit ni 😂 daripada p kelas jalan kaki , ligan bas , ada moto, habis belajaq kami bantu antara satu sama lain p interview sama sama , cari kerja semua , sampai mampu ada kereta sendiri, ada duit sendiri untuk bina hidup … Sebab keempat , suami aku suka ikut aku p bagi makan kat gelandangan di komtar 😂😂😂😂 , aku suka beramah mesra dengan orang . Sebab kelima , satu satunya lelaki yang pernah ikut aku ke rumah anak yatim tempat adik adik aku duduk , dia lihat sendiri ,dia rasa sendiri apa aku rasa disitu . Dan sebab terakhir , tiada sebab untuk aku menyayangi dan mencintainya hanyalah kerana dia khalifah milik Allah . Seorang Lelaki yang boleh menerima seorang wanita yang datangnya daripada broken family , menjaga adik adiknya yang ramai , 😆😆😆 Hanyalah dia suamiku yang menerima aku seadanya .. Banyak berkorban untuk aku dan adik adik aku .

Nota kaki : Aku tak kisah kalau orang lain kawin macam mana sekalipun , majlis yang besar , hantaran yang tinggi and all that , but for me , please respect setiap cara orang untuk manage hidupnya sendiri, jangan disebabkan kita mampu dalam segala hal sampai kita selalu pandang rendah kepada orang yang biasa biasa , marhean ni . For sake 🙏 RESPECT .

#masa raya ketiga makcik aku yang jaga aku sponsor majlis sikit 😆yang tu rezeki tak terduga . Yang tu memang rezeki anak masa tu . Yang tu merasa naik pelamin sat 😆😆😆tapi pakai baju raya 😂😂😂😂 takdak crown takdak rupa pengantin 😂

SAYA SAYANG KAMU LILLAHITAALA ♥️

Ikhlas,
Bini kamu yang gebu dan comel 😆

Leave a Reply