DIRECT NEGO 6.6 BILLION PH, KKR PULA DEDAH NILAI PROJEK

Hebahkan !!!

SELEPAS KPKT KINI KKR PULA DEDAH ANGKA DIRECT NEGO

Kementerian Kerja Raya (KKR) menjelaskan mengenai Projek Runding Terus melibatkan kementerian tersebut sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan. Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Haji Fadillah Hj Yusof menyatakan demikian dalam satu kenyataan media KKR.

Kontroversi projek Direct Nego tercetus selepas Menteri Kewangan Tengku Dato Seri Zafrul mendedahkan sebanyak 101 projek bernilai RM6.6 billion melibatkan pentadbiran Pakatan Harapan dan kelulusan dari Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng merangkap Menteri Kewangan ketika itu. Azmin Ali selaku bekas Menteri Pakatan Harapan pula mendedahkan semua projek berkenaan tidak pernah di bawa ke pengetahuan kabinet dan di sokong Rina Harun.

Tersinggung dengan pendedahan, Guan Eng dan Pakatan Harapan mencabar Zafrul mendedahkan senarai penerima projek beserta nilai projek. Kementerian Kewangan kemudian telah menyenaraikan projek dan penerima dari jumlah RM6.6 billion. Kejutan besar berlaku apabila Zuraida Kamaruddin mendedahkan beliau tidak tahu mengenai projek yang diterima bawah Kementeriannya. KPKT kemudiannya telah mendapat maklumat berkaitan projek bernilai RM170 juta yang membabitkan kelulusan dan rundingan terus Kementerian Kewangan di bawah Lim Guan Eng.

Kali ini Kementerian Kerja Raya pula mendedahkan kewujudan projek runding terus di bawah pentadbiran PH. Semestinya Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan PH tahu mengenai projek berkenaan tetapi masih mahu menegak benang basah bagi membela dirinya. Rakyat memerhati dan berminat dengan pendedahan Zafrul sekaligus akan menjawap kemana WANG RAKYAT dibelanjakan sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan dan Lim Guan Eng khususnya.

Leave a Reply