SERANGAN BALAS 101 ‘DIRECT NEGO’ BIKIN PANAS

Hebahkan !!!

DULU MEREKA TIDUR DALAM MESYUARAT?

Sidang media Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merangkap bekas Menteri Kewangan Pakatan Harapan menjadi medan ‘mensucikan’ diri dari pendedahan yang dibuat Tengku Zafrul kelmarin. Semalam menerusi satu kenyataan media, Kementerian Kewangan Malaysia mendedahkan senarai Kementerian dan syarikat yang beroleh projek sepanjang 2018-2020 semasa Pakatan Harapan memerintah.

Lim Guan Eng menjelaskan terdapat projek yang diteruskan kerja-kerjanya diwarisi dari pemerintahan Barisan Nasional tetapi nilai projek dikecilkan selepas rundingan dilakukan antara syarikat terbabit dan kerajaan. Setiausaha Agung DAP dengan bangganya menyatakan PH telah berjaya menjimatkan kos bagi setiap projek tersebut namun apa yang tidak dijelaskan ialah pengecilan kos akan melibatkan perubahan pada spesifikasi awal yang ditetapkan. Ini sebenarnya menjejaskan kualiti projek berkenaan dan akan melibatkan kos mahal dalam jangka masa panjang.

Bayangkan bagaimana kontraktor dapat membuat projek mengikut spesifikasi yang baik jika kos dikurangkan dengan alasan penjimatan? Ini sebahagian pertikaian netizen yang menonton siaran langsung sidang media berkenaan yang disalurkan oleh Malaysia Gazette.

Dalam sidang berkenaan juga, sindiran dilontarkan kepada beberapa nama seperti Zuraida yang dikatakan tidur apabila menyatakan tidak tahu menahu berkaitan projek bernilai RM170 juta (projek sampah) di bawah Kementeriannya ketika menjadi Menteri Pakatan Harapan. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail menyindir Zuraida yang baru mahu menyiasat perkara tersebut selepas dibangkitkan dalam sidang parlimen. Mengapa Saifuddin enggan membandingkan kejayaan beliau menurunkan harga telur sebanyak 2sen ketika beliau menjadi Menteri KPDNHEP dahulu?

Sidang media Guan Eng juga dilihat sebagai satu bentuk pembelaan diri bagi meraih simpati rakyat kononnya mereka (PH) hanya pandai membuat manifesto untuk tidak akan berkompromi bagi sebarang projek runding terus.

Pihak SPRM telah mengesahkan menerima laporan berkenaan pendedahan Tengku Zafrul dan pihak mereka akan mengkaji samada wujud unsur rasuah dalam pemberian terus projek-projek berkenaan.

Leave a Reply