Pence terima pencalonan sebagai Naib Presiden, bergandingan dengan Trump

Hebahkan !!!

WASHINGTON, 27 Ogos — Naib Presiden Mike Pence menerima pencalonan sebagai gandingan Presiden Donald Trump pada malam ketiga Konvensyen Kebangsaan Republikan (RNC), lapor agensi berita Sputnik.

“Saya dengan rendah hati menerima pencalonan anda untuk bertanding dan berkhidmat sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat,” kata Pence pada Rabu malam.

Pence menyampaikan ucaptama dari Fort McHenry di Baltimore, lokasi lagu kebangsaan Amerika diilhamkan semasa Perang 1812.

Trump dijadualkan untuk membuat ucapan penerimaan pencalonannya di Rumah Putih pada Khamis.

— BERNAMA

Leave a Reply