AHLI UMNO TOLAK PPBM – TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Hebahkan !!!

TOK MAT KONGSI KEGUSARAN AHLI UMNO

 

Kegusaran serta penolakan akar umbi Umno terhadap hasrat PPBM berkerjasama dalam Muafakat Nasional mendapat perhatian Timbalan Presiden Umno Dato Seri Utama Mohamad Hasan.

“Tapi akar umbi punya perlu diambil berat kerana jika tiada akar umbi, tiadalah ‘pokoknya’,” – Mohamad Hasan.

Kontroversi yang menjadi perbahasan kalangan ahli Umno ini bermula apabila Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia menyatakan mereka (PPBM) mahu bersama dalam Muafakat Nasional yang diterajui Umno dan Pas.

Melihat reaksi berbeza ahli Umno, pandangan pro dan kontra diluahkan netizen menerusi media sosial sekaligus mengundang perdebatan hangat kalangan mereka. Kebetulan Umno pula sedang melalui proses mesyuarat cawangan di seluruh negara dan tidak boleh tidak kemahuan PPBM menjadi sebahagian keluarga Muafakat Nasional dibincangkan.

Bagi ahli Umno apabila Timbalan Presiden mengambil berat pandangan ahli bawahan mengenai perkara tersebut ia merupakan tindakan bijak bagi menenangkan kemelut ahli bawahan Umno itu sendiri. Dengan ketidaktentuan hala tuju politik negara yang seringkali dilanda isu dan kerapuhan kerajaan Perikatan Nasional sudah cukup memberi kerisauan terhadap mereka. Apatah lagi dalam keadaan Umno dilihat sekadar menumpang kerajaan, jaminan Pakatan Harapan tidak kembali memerintah menjadi asas kepada kekuatan kerjasama Umno Pas dalam Muafakat Nasional yang telah hampir setahun dibentuk bagi memenangi PRU15.

Dalam pada itu satu muatnaik twitter Presiden Umno, Dato Seri AHMAD ZAHID HAMIDI turut menyentuh perkara sama. Beliau menyatakan akan mengambil kira pandangan serta kerisauan akar umbi Umno sebelum sebarang keputusan dibuat di peringkat tertinggi.

 

Leave a Reply