DARI HATI TURUN KE UNDI – MCA TURUN PADANG

Hebahkan !!!

MCA TERUS BERSAMA BN DAN MUAFAKAT NASIONAL

MCA sebagai sebuah komponen dalam Barisan Nasional mengorak langkah dalam kempen Prk Slim. Menggunakan pendekatan yang dipersetujui, berjumpa pengundi dari rumah ke rumah secara kelompok kecil Ketua Pemuda MCA Nicole Wong mengambil peluang bersemuka dengan rakyat Slim. Walau jumlah pengundi Cina hanya seramai 2,394 orang, MCA tidak memandang ringan pertarungan 3 penjuru kali antara BN dan 2 calon bebas.

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/08/VID-20200817-WA0004.mp4[/KGVID]

 

Melihat cabaran Prk Slim, pendekatan bersemuka pengundi merupakan satu strategi yang agak baik dalam mengharungi pandemik pasca covid19. MCA yang turut serta dalam Muafakat Nasional tidak ketinggalan bersama dalam setiap PRK diadakan. Kekuatan jentera MCA turun padang semakin baik walau mereka dikritik DAP kerana masih bersama dalam BN.

Banyak program yang disusun atur sepanjang kempen turut disertai MCA sebagai tanda kesepakatan dan kebersamaan dalam Barisan Nasional dan memberi sokongan penuh untuk calon BN.

Leave a Reply