“USAH DENGAR BISIKAN SYAITAN” – PAS BERI JAMINAN KEKAL BERSAMA MUAFAKAT NASIONAL

Hebahkan !!!

PAS BERI JAMNINAN KEKAL KERJASAMA BERSAMA UMNO PRU15

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2020/07/VID-20200727-WA0109.mp4[/KGVID]

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sekali lagi menyatakan komitmen mereka berkerjasama dengan Umno (BN) menjelang PRU15 akan datang. AJK PAS Pusat YB Dato Dr Khairuddin At-Takiri menyatakan demikian dalam satu majlis PAS.

Khairuddin dalam ucapan turut menyentuh desas-desus yang mempersoalkan sejauh mana kerjasama yang dibentuk antara PAS dan Umno akan kekal dalam Muafakat Nasional. Beliau menyelar mereka yang mempersoalkan kekuatan Muafakat Nasional dengan bermacam khabar yang tiada asas sedangkan di peringkat PAS Pusat banyak perkara telah dibincangkan dan mencapai persefahaman baik.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Kuala Nerus itu turut menyatakan kerjasama Muafakat Nasional mampu memenangi sekurang-kurangnya 138 kerusi  pada PRU15. Beliau turut memberi jaminan tiada kerjasama lain selain bersama UMNO dan Muafakat Nasional.

 

 

Leave a Reply