POLITIK KIASU – GUNA ‘DRON’ INTAI, DEDAH MAKLUMAT NORMA BARU POLITIK DI SABAH?

Hebahkan !!!

SIAPA ARAHKAN PENGGUNAAN DRON DI KEDIAMAN MUSA AMAN?

 

PENGGUNAAN “DRON” DI RUMAH TAN SRI MUSA AMAN, PENGAMBILAN GAMBAR PERSEKITARAN RUMAH DAN KENDERAAN-KENDERAAN YANG BERADA DI PREMIS TERSEBUT BESERTA DENGAN BUTIRAN-BUTIRAN PEMILIK

Kemarin telah tular sebuah posting berhubung dengan penggunaan “Dron” oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di rumah kediaman persendirian Tan Sri Musa Aman, dan telah mengambil gambar keadaan persekitaran. Posting tersebut telah dimuat naik di media sosial Facebook beserta dengan butiran-butiran terperinci kenderaan yang berada di Premis tersebut serta pemilik-pemiliknya.

Perilaku tersebut jelas menjadi adalah suatu kesalahan Pencerobohan Jenayah (“Criminal Tresspass”) dibawah Seksyen 441 dan boleh dikenakan hukuman dibawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan. Tambahan lagi, perbuatan menerbangkan Dron adalah suatu kesalahan dibawah Peraturan 143(1) (e) Peraturan –Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan boleh dikenakan hukuman dibawah Peraturan 206 (3) Peraturan yang sama.

Seksyen 441, 447 Kanun Keseksaan dan Peraturan 143(1) (e) dan Peraturan 206 (3) Peraturan –Peraturan Penerbangan Awam 2016 dilampirakan untuk rujukan.

Saya mengutuk perbuatan yang tidak bertanggung jawab yang dilakukan oleh pihak-pihak ini. Tidak ada keperluan untuk kamu bertindak sedemikian jika kamu percaya dengan kesetiaan pemimpin-pemimpin kamu.

Saya mendesak agar pihak berkuasa melakukan siasatan segera berhubung dengan perkara ini dan mengenal pasti pelaku-pelaku dan mendakwa mereka atas kesalahan pencerobohan jenayah ini serta pelanggaran yang serius terhadap undang-undang privasi.

KATAKAN TIDAK KEPADA PENCEROBOHAN PRIVASI

MOHD REDUAN BIN DATUK AKLEE
Ketua Pergerakan Pemuda Umno
P173 Putatan.

Leave a Reply