KPM diminta kaji semula pemilihan lokasi Permata Negara

Hebahkan !!!

 

 

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta mengkaji semula kaedah pemilihan lokasi pengoperasian Pusat Anak Permata Negara (PAPN) pada masa akan datang untuk menjamin pengisian murid-murid yang maksimum serta mengikut kuota ditetapkan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 3, daripada 89 PAPN di seluruh negara, terdapat 29 hingga 45 pusat berkenaan yang tidak mencapai kuota pengisian ditetapkan pada bagi tempoh 2016 hingga 2018.

“Antara punca kurang pengisian kuota adalah kawasan kampung yang tiada permintaan tinggi dan trend demografi keluarga muda semakin berkurang kerana berhijrah ke bandar serta kurang kesedaran tentang kepentingan didikan awal kanak-kanak,” menurut laporan itu yang dikeluarkan hari ini.

Laporan itu menyatakan sehingga 31 Dis 2018, hanya 77 atau 34.7 peratus daripada 222 kawasan Parlimen mempunyai PAPN, malah terdapat 10 kawasan Parlimen yang mempunyai pusat berkenaan lebih daripada satu antaranya Masjid Tanah, Rembau dan Wangsa Maju

“Pada pendapat audit, penubuhan PAPN melebihi satu dalam kawasan Parlimen yang sama boleh menjejaskan pencapaian matlamat Program Permata Negara, ia tidak dapat diperluaskan kepada kumpulan sasar di kawasan Parlimen lain,” menurut laporan itu.

Laporan itu turut memaklumkan, pengambilan anak Permata dalam kalangan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 belum mencapai sasaran inisiatif itu sepenuhnya.

Justeru, laporan itu mencadangkan agar Bahagian GENIUS KPM mengkaji mekanisme untuk meningkatkan pengambilan anak Permata daripada kumpulan sasar melalui hebahan atau promosi yang lebih efektif dan dilaksanakan secara meluas

Selain itu, KPM juga diminta untuk menyediakan latihan ‘pembinaan kapasiti ‘ yang sesuai untuk pendidik, serta memantau pematuhan pendidik dalam melaksanakan kurikulum Permata Negara dengan lebih berkesan bagi menjamin kualiti pendidikan.

“Bahagian GENIUS KPM hendaklah melaksanakan kajian pencapaian perkembangan anak Permata memandangkan program ini telah dilaksanakan melebihi 10 tahun,” menurut laporan itu.

— BERNAMA

NOOR NABILA SAH ISTERI ENGKU EMRAN – SHARNAAZ & NEELOFA UCAP TAHNIAH, DOAKAN BAHAGIA

Leave a Reply