PRK CHINI – CALON ‘WAIBEE’ TAWAR BORANG ‘ONLINE’ DENGAR LUAHAN PENGUNDI

Hebahkan !!!

CALON BEBAS SEDIAKAN BORANG ONLINE UNTUK ADUAN, PENDAPAT PENGUNDI CHINI

Kempen calon bebas Tengku Dato Zainul Hisham agak baik apabila beliau memberi alternatif kepada pengundi N23 Chini platform talian maya untuk mengajukan sebarang permasalahan yang dihadapi.

Menerusi facebook beliau, Tengku Dato Zulhisham mahu pengundi yang tidak berkesempatan bertemu beliau semasa tempoh kempen meninggalkan apa juga pandangan, pendapat mahupun luahan dalam borang online yang akan disediakan. Bagaimanapun carian pihak kami belum menemui borang online seperti dinyatakan.

“Assalamualaikum semua. Dalam tempoh berkempen mungkin saya tidak sempat mendengar keluhan anda. Jika anda ingin sampaikan apa saja rasa atau pendapat, saya sediakan borang online ini untuk anda beri saya peluang mendengar apa yang anda ingin sampaikan.”

Calon bebas yang menggunakan lambang rumah bijak menggunakan medium media sosial sebagai penghubung namun adakah ini tanda awal sekiranya beliau memenangi kerusi N23 Chini amalan berhubung ‘Online’ akan digunakan untuk berinteraksi dengan pengundi? Sebagaimana yang diketahui awal, rata-rata pengundi mahu bakal Yang Berhormat mereka mudah dihubungi dan berada dalam radar bagi memudahkan mereka bertemu. Bukan semua pengundi faham menggunakan platform ‘Online’ sebagai penghubung. Apa yang diimpikan pengundi Chini bakal YB mereka sedia bersemuka dan bertindak pantas sekiranya timbul masalah yang memerlukan kehadiran wakil rakyat.

Adakah kelak pengundi N23 Chini akan hanya dapat bertemu wakil rakyat mereka dalam ‘Online’? Mahukah YB nanti digelarkan ‘Waibee Online’ kerana kesukaran rakyat bertemu dan mengemukakan sebarang masalah atau pengundi mahu seorang Yang Berhormat yang sentiasa berada dalam kawasan jika tiada tugasan luar?

Tepuk dada tanya kehendak dan hanya pengundi N23 Chini boleh menilai siapa antara calon yang akan berkhidmat kepada mereka dengan lebih efektif. 4 Julai 2020 telah ditetapkan sebagai tarikh mengundi manakala 30 Jun 2020 tarikh bagi pengundian awal. PRK Chini diadakan berikutan kematian Dato Sri Abu Bakar kerana serangan jantung.

Leave a Reply