COVID-19: Beberapa kawasan di Australia mungkin dikenakan sekatan pergerakan lebih ketat

Hebahkan !!!

CANBERRA, 23 Jun — Menteri Kesihatan Australia Greg Hunt berkata terdapat kemungkinan beberapa kawasan akan dikenakan perintah sekatan pergerakan untuk membendung penularan COVID-19.

Beliau berkata pada Selasa langkah itu bagi mengatasi lonjakan kes yang berlaku di Victoria, Hunt, lapor agensi berita Xinhua.

“Ada kemungkinan sekatan pergerakan yang lebih ketat seperti yang dikenakan di barat laut Tasmania dan saya rasa penting untuk kita bersikap jujur ​​tentang hal ini,” kata Hunt kepada Australian Broadcasting Corporation (ABC).

Jawatankuasa Prinsipal Perlindungan Kesihatan Australia (AHPPC) dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, kebanyakan kes baharu yang dicatatkan dalam tempoh seminggu lalu, 116 (83 peratus) dilaporkan di Victoria.

“Kerajaan Victoria telah mengenal pasti kawasan Hume, Casey dan Brimbank, Moreland, Cardinia dan Darebin sebagai pusat wabak.

“AHPPC menasihatkan orang ramai tidak mengunjungi kawasan itu sehingga keadaan dapat dikawal,” tambah kenyataan itu.

— BERNAMA

Leave a Reply