Setahun pemerintahan Tokayev, Kazakhstan alami reformasi politik, ekonomi, sosial

Hebahkan !!!

Kassym-Jomart Tokayev (Foto: -/Kazakh Presidency/dpa)

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Jun 2020 genap setahun Kassym-Jomart Tokayev menjadi Presiden Kazakhstan, tahun yang dipenuhi dengan reformasi politik, ekonomi dan sosial, di samping mengekalkan nilai serta prinsip bekas Presiden Nursultan Nazarbayev.

Tokayev secara rasmi mengambil alih jawatan pada 12 Jun 2019, menyaksikan Kazakhstan melaksanakan pakej utama reformasi politik, membuka lembaran baharu mengenai liberalisasi kehidupan sosial dan politik.

Pada akhir Mei, Tokayev menandatangani beberapa undang-undang penting, termasuk “meminda undang-undang perlembagaan” mengenai pilihan raya dan berkaitan parti politik.

Undang-undang pilihan raya yang ditambah baik itu antara lain memperkasakan hak wanita dan belia untuk turut serta dalam arena politik negara, memperuntukkan kuota 30 peratus bagi wanita dan golongan muda di bawah umur 29 tahun.

Tokayev juga menambah baik aspek kesejahteraan sosial untuk keluarga yang mempunyai anak ramai dan kurang upaya, anak yatim serta hilang ketua keluarga, lebih 500,000 orang keseluruhannya.

Selain itu, Presiden Kazakh menggesa hukuman yang lebih berat untuk jenayah dadah, rogol, pemerdagangan manusia dan pemburuan haram.

Ketika COVID-19 melanda, Tokayev mengambil langkah menguatkuasakan darurat dan kuarantin selama dua bulan, hari ini Kazakhstan berjaya membendung wabak itu dengan berjaya minimumkan kerugian dan kehilangan nyawa.

— BERNAMA

Leave a Reply