VIDEO LAWATAN MB PAHANG, BOSSKU KE KILANG NEXTGREEN GLOBAL PEKAN

Hebahkan !!!

PEKAN BAKAL HAB KILANG KERTAS MESRA ALAM

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=j8ux-slOFd0[/embedyt]

 

Jumaat 19 Jun 2020 – Pahang bakal pengeluar kertas mesra alam dengan pembinaan kilang Green Technology Park (GTP) di Pekan. Anggaran keseluruhan kos bernilai RM2 Billion, pembinaan kilang di Mukim Lepar Daerah Pekan dijangkakan mampu menghasilkan 15 juta tan EFB ( Empty Fruits Bunches) dari 25 juta tan hasil pulpa sawit, GTP mampu menjimatkan sebanyak 255 juta pokok ditebang setiap tahun dengan menggunakan teknologi mesra alam apabila beroperasi penuh.

Berkeluasan 410 ekar, pembinaan kilang akan melalui 4 fasa bagi menghasilkan kertas pulpa, baja organik, makanan ternakan organik, tenaga baru serta penyelidikan dan pembangunan teknologi mesra alam.

Ahli Parlimen Pekan, Dato Sri Najib Razak turut mengiringi lawatan YAB Menteri Besar Pahang bagi menyaksikan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara GTP, IKBN dan KPF. Kilang GTP akan menggunakan hasil buangan sawit bagi penghasilan kertas dan Felda Chini akan dijadikan sebahagian pembekal bahan mentah yang diperlukan.

 

 

Leave a Reply