“NO COMMENT” – GOPAL SRI RAM TUTUP MULUT PENDEDAHAN BEKAS PEGUAM NEGARA

Hebahkan !!!

GOPAL SRI RAM ENGGAN BERI KOMEN PENDEDAHAN APANDI ALI

Pendedahan mengejutkan oleh Tan Sri Mohamed Apandi Ali semalam menggemparkan negara. Beliau menulis di facebook mengenai kehadiran Gopal Sri Ram ke kediamannya untuk memujuk melepaskan beberapa akaun yang dibekukan namun hajat sebenar Gopal ternyata memberi kejutan besar.

Gopal Sri Ram ketika diminta mengulas pendedahan tersebut bertindak menutup mulut dan hanya berkata “NO COMMENT”. Apa yang disorokkan Gopal sebenarnya?

Baca – APANDI ALI BONGKAR KISAH PERTEMUAN DENGAN GOPAL SRI RAM

“Sri Ram meminta saya agar tidak membekukan beberapa akaun firma guaman namun saya jelaskan perkara itu sudah dijawab dalam respons permohonan representasi yang dikemukakan beliau kepada Jabatan Peguam Negara sebelum ini,” tulisnya.

Dakwa Apandi lagi, Sri Ram kemudian tiba-tiba menyatakan perkara itu sekadar alasan untuk bertemu dengannya.

“Beliau menyatakan ada agenda besar dan Dr Mahathir menghantarnya untuk menemui saya,” katanya.

Apandi berkata, Sri Ram memberitahunya bahawa Dr Mahathir mahu beliau menangkap Najib di pejabatnya jam 2 petang keesokan harinya.

 

“Sri Ram mengatakan segalanya telah diatur dan polis di Putrajaya akan melakukan apa yang perlu atas arahan saya (kapasiti Peguam Negara).

“Katanya lagi, hakim telah diaturkan supaya perintah tahanan reman dikeluarkan terhadap Najib,” katanya.

Apandi berkata, beliau bertanya Sri Ram atas alasan apakah tangkapan tersebut dibuat, namun bekas hakim itu sekadar menjawab, rakyat kecewa dengan Najib.

“Kata Sri Ram, tanpa alasan, penangkapan Najib membuatkan rakyat gembira.

“Beliau menggesa saya supaya segera bersetuju dengan rancangan tersebut, bagaimanapun saya meminta masa untuk memikirkannya,” katanya.

Menurut Apandi, Sri Ram boleh menafikan dakwaan beliau tersebut.

“Bagaimanapun, saya ingin mengingatkannya bahawa ketika itu saya masih Peguam Negara dan rumah saya dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) terutama di ruang tamu.

“CCTV tidak berbohong dan saya juga mempunyai saksi,” katanya.

Apandi berkhidmat sebagai Peguam Negara dari tahun 2015 hingga 2018.

 

Leave a Reply