VIDEO – SKANDAL KOLOBRASI LIM GUAN ENG & TOMMY THOMAS TERBONGKAR ANTARA SEBAB PAKATAN HARAPAN MAHU KEMBALI BERKUASA?

Hebahkan !!!

Terpalit Skandal Salahguna Kuasa Terbongkar, PH Makin Terdesak Kembali Berkuasa

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=gU6ezBERrO8[/embedyt]

 

Tular sepucuk surat bertarikh 14 Jun 2019 dari Bekas Peguam Negara Tommy Thomas kepada Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng bertarikh 31 Mei 2019 berkaitan pelepasan pembekuan akaun bank milik seorang individu bergelar Tan Sri.

Dalam surat berkenaan turut disertakan nombor akaun serta bank milik individu yang dikatakan terlibat dalam siasatan pihak SPRM.

Dalam surat berkenaan dinyatakan sejumlah RM 330,384.00 telah dibayar kepada pihak SPRM berikutan satu persetujuan yang dicapai antara Tan Sri dan pihak SPRM. Tommy juga mengarahkan agar akaun yang dinyatakan dalam surat berkenaan dilepaskan dari pembekuan serta merta.

Dipercayai surat Tommy kepada Lim Guan Eng adalah balasan kepada satu surat permohonan pihak Menteri Kewangan meminta pihak Peguam Negara melepaskan akaun tersebut.

Sebuah NGO TUNTUT telah membuat laporan mengenai kandungan surat tersebut di Ibu Pejabat SPRM Selangor petang tadi dan memohon siasatan dijalankan bagi menjaga Intergriti SPRM.

Mungkinkah ini hanya sebahagian kecil skandal yang berlaku sepanjang Pakatan Harapan berkuasa? Sejak Pakatan Harapan disingkirkan dari Putrajaya, Lim Guan Eng tidak banyak berinteraksi dengan media sebagaimana sebelumnya. Adakah beliau tersedar skandal skandal salahguna kuasa akan dibongkarkan maka gerakan mengembalikan PH ke Putrajaya perlu dilakukan seberapa segera? Menggunakan imej Tun M dan Anwar, Pakatan Harapan sememangnya berusaha untuk mencalarkan imej kerajaan sekarang. Malah menurut Raja Petra Kamaruddin, serangan besar-besaran akan dilakukan PH bagi menumbangkan kerajaan selewatnya Julai 2020. Semalam SERANGAN SARAWAK REPORT TELAH BERMULA apabila cuba memberi gambaran Tuanku Yang DiPertuan Agung berasa tidak gembira dengan kerajaan sediada. Bagaimanapun sehingga hari ini portal tersebut belum boleh membuktikan dakwaan mereka.

 

Leave a Reply