KPWKM salur bantuan kepada lebih dua juta isi rumah sepanjang PKP, PKPB

Hebahkan !!!
Anak Yatim dan Miskin Nur Iman Badrul Huaini Mohd Yusof (kanan) ketika melawat pusat jagaan tersebut hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (dua, kanan).
BERITA BERKAITAN
PKPB:22 termasuk Datuk dikompaun berkumpul makan durian
APMM kesan 9,048 bot, kapal mencurigakan sepanjang PKP dan PKPB

KUANTAN, 30 Mei — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan bantuan kepada lebih 2.07 juta isi rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan sejak 18 Mac lepas hingga semalam.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1.66 juta isi rumah terlibat menerima Bantuan Bakul Makanan menerusi peruntukan kerajaan dan Tabung COVID-19.

Baki 401,130 lagi isi rumah memperoleh manfaat sumbangan daripada 2,760 badan bukan kerajaan (NGO) dan badan lain melibatkan jumlah sebanyak RM20.96 juta.

“Sumbangan daripada NGO dan badan lain yang merupakan tambahan kepada Bantuan Bakul Makanan telah diselaraskan oleh JKM untuk disampaikan  kepada  isi rumah terdiri daripada golongan sasar.

“Antara penerimanya ialah mereka yang terjejas pendapatan dan mengalami kesukaran mendapatkan bekalan makanan dalam tempoh PKP dan PKPB termasuk mereka yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokasi di seluruh negara,” katanya.

Rina berkata demikian selepas majlis penyampaian sumbangan daripada KPWKM dan NGO kepada Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang Datuk Seri Shahaniza  Shamsuddin.

Beliau berkata pihaknya menghargai kerjasama serta sumbangan NGO dan pihak korporat, agensi awam, rumah ibadat dan individu dalam membantu kerajaan meringankan beban mereka yang terkesan dengan pelaksanaan PKP dan PKPB.

“Kami mengharapkan NGO dan mereka yang terlibat akan terus bersama-sama kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan dengan memberikan sumbangan meliputi bantuan tunai dan bahan makanan,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply