Khalid sahkan bekas setiausaha politiknya ditahan

Hebahkan !!!

BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad memaklumkan bekas setiausaha politiknya direman polis, semalam berhubung aduan sebuah syarikat arkitek diberi surat palsu oleh seorang ‘broker’.

Perkara itu dimaklumkan beliau yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) menerusi ciapan pada status akaun Twitter miliknya, hari ini.

Beliau berkata, broker itu menerima ganjaran dengan menjual nama bekas setiausahanya dikenali sebagai Azli yang kononnya mendapatkan surat berkenaan bagi pihaknya.

“Bekas SU (setiausaha) politik saya, Azli, direman polis semalam atas aduan sebuah syarikat yang diberi DO (surat) palsu oleh seorang ‘broker’.

“Broker itu menerima ganjaran dengan menjual nama Azli yang kononnya mendapatkan DO berkenaan bagi pihaknya,” katanya.

Katanya, broker berkenaan turut disiasat dan beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Broker turut disiasat. Saya tidak boleh menceritakan lebih daripada itu kerana kes ini masih dalam siasatan polis.

“Saya diberitahu ‘broker’ berkenaan sudah menerima jutaan ringgit melalui kaedah jual nama ini.

“Kepercayaan ‘cash is king’ memungkinkan broker berjaya. Broker kaya, yang nama dijual teraniaya,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan setiausaha politik bekas menteri ditahan bersama suami isteri berhubung kes penipuan untuk mendapatkan kelulusan perancangan pembangunan, kelmarin.

Leave a Reply